Ipoh, Perak. Tanggal 1hb Januari 2010 telah berlangsungnya satu majlis yang gilang gemilang dan terukirlah satu sejarah di dunia perubatan negara dengan terbinanya sebuah institusi yang bakal membuka mata Malaysia. Dengan berkat dan rahmat Illahi, majlis pendaftaran pelatih-pelatih untuk Program Diploma Kejururawatan sesi januari 2010 telah berjalan dengan lancarnya. Kemasukan pelatih-pelatih yang pertama ini secara tidak langsung telah menyuntik roh kepada Kolej Al-Sinnar dan bermulalah episod awal operasi sebenar sebuah kolej kejururawatan. Allahyarham Dato' Hj. Mohd Yusop bin Yahya selaku Ketua Eksekutif syarikat Al Sinnar Sdn Bhd ketika itu berkata dalam satu sesi temuramah bersama sidang media menyatakan bahawa beliau berjanji akan memastikan kesemua pelatih baru ini akan memperoleh keputusan yang cemerlang serta menjadi pelatih yang berketerampilan baik dari segi fizikal, akidah dan mental. Ini bagi membuktikan bahawa pihak Kolej Al Sinnar mampu melahirkan jururawat-jururawat yang berkaliber. Allahyarham telah pulang ke rahmatullah pada 1 syawal 2010 yang lepas. Al-Fatihah.